Sell your property here emel to r.ghazali@ymail.com

Announcement of Phase 2 Project Green@islah at adjacent land next to Phase1, initial project estimates RM600,000.00. Now inviting local and foreign Muslim, individual, NGO or companies to participate. This is a piece of currently passive land to be converted to explosive commercial cum residential located in the vibrant expanding greater Klang Valley, get high return on investment email interest to r.ghazali@ymail.com Vcita

Thursday, September 6, 2012

Kouta peruntukan unit perumahan bumiputera

Adakah ia perlu dikekalkan, dimansuhkan atau dikurangkan?. 

Fenomena yang berterusan dan selalu diperkatakan terutama dikalangan pemaju perumahan. Kouta yang tidak terjual ini memberi impak kepada prestasi sesuatu projek perumahan. Selaku pemaju semestinya asas pertimbangan mereka adalah pulangan dari pelaburan yang telah dibuat. Tidak adil untuk kita memaksa mereka memperjudikan pulangan mereka hanya untuk memberi peluang kepada kaum bumiputera memiliki hartanah di projek mereka. Selaku bumiputera kita pula mahukan perlindungan supaya unit yang telah diperuntukan itu kekal dan dimiliki oleh bumiputera. Namun wajarkah kita terus bergantung kepada 'perlindungan' sentiasa. 

Apa usaha kita selaku satu bangsa yang bermaruah untuk memastikan peruntukan itu di manfaatkan dan di beli seperti tujuan asal nya. Adakah kita masih terlalu daif sehingga kita tidak mampu berbuat sesuatu dan melihat dengan putih mata unit itu dilepaskan dan kemudianya tidak dimiliki oleh kita. Adakah kita tidak mampu bergabung dan mengumpul cukup modal untuk memiliki aset yang telah diperuntukan ini. Sekiranya semua kita bergerak secara individu memanglah hanya segelintir dari kita yang mampu, namun dalam zaman satu dunia boleh berhubung dalam mili-saat ini masihkah kita perlu hanya bergerak sendirian. Kenapa kita tidak gunakan  prasarana komunikasi mili-saat untuk menjadi senjata baru kita bergabung mengumpul modal untuk membela maruah bangsa dan agama kita.

Di snilah, perlunya ada satu makanisma dari kalangan bumiputera dan islam untuk mengisi vakum pemilikan hartanah ini. Kouta yang telah diperuntukkan itu perlu dikekalkan dan tidak perlu dilepaskan. Namun untuk berlaku adil kepada pemaju, kouta ini hendaklah di peruntukan kepada institusi perniagaan bumiputera yang mampu untuk memilikinya.

Insya'Allah hartanah islah sedang merangka satu mekanisma bagi membolehkan kita menyatukan modal dikalangan golongan pertengahan islam bagi megisi vakum ini. Sama sama lah kita berdoa dan menyokong satu sama lain demi membela maruah bangsa dan agama kita agar kita tidak jadi melukut ditepi gantang yang sentiasa terpinggir, dipinggirkan dan meminggirkan diri. Sumbangkan lah idea, cadangan dan sokongan anda kepada hartanahislah.blogspot.com, https://www.causes.com/causes/791037-hartanah-islah atau emel ke r.ghazali@ymail.com .Wallahualam.

English synopsis

The qouta for bumiputera's allocated for every housing project has been practiced for many years. The phenomena faced by the developer that this bumiputera allocated units remain unsold to certain extent has impacted their bottom line. Should this quota be maintain, abolish or reduce. The bumi's needed the qouta's to be protected from going to non-bumi's. The basic fundamental issue is still the inability for the bumi's 'capital wise' to own the allocated property. The question is should the bumi's all the time be protected, what has the bumi's does to get them out of the wood and be independent. In the edge of every person on earth can communicate in mili second, should there be hurdle for the bumi's or the muslim to network amongst them to pull that capital together. This is where a mechanism is establish to take these 'not taken' qouta, own them and keep it within the muslim control. Hartanahislah.blogspot.com is devising a mechanism where these un used qouta's be taken and maintain by willing and capable bumi or muslim establishment.

No comments:

Post a Comment