Sell your property here emel to r.ghazali@ymail.com

Announcement of Phase 2 Project Green@islah at adjacent land next to Phase1, initial project estimates RM600,000.00. Now inviting local and foreign Muslim, individual, NGO or companies to participate. This is a piece of currently passive land to be converted to explosive commercial cum residential located in the vibrant expanding greater Klang Valley, get high return on investment email interest to r.ghazali@ymail.com Vcita

Sunday, August 26, 2012

Hartanah Islah - Model Asas Perniagaan

Assalamualaikum  rakan rakan semua. 

Usaha hartanah islah adalah bagi menggembeling modal golongan pertengahan muslim untuk memiliki hartanah supaya ia dapat menyumbang kepada kadar pemilikan hartanah muslim yang lebih baik di Malaysia khasnya dan didunia am nya. 

Ia adalah satu usaha kecil kami untuk bersaing dengan taukeh taukeh hartanah yang telah mengambil langkah serupa jauh lebih dahulu dari kita, sebab itulah mereka kini memiliki majoriti hartanah dikesemua bandar bandar utama di Malaysia mahupun di dunia. Kuncinya adalah miliki tanah tersebut sebelum dia maju atau dimajukan.

Itulah kunci pelan perniagaan hartanah islah, projek pertama the Green@islah mengambil pendekatan yang sama. Tanah 2.03 ekar ini kini berada dikawasan fasa perancangan untuk pembangunan pesat Greater Klang Valley. Memilikinya sekarang adalah satu langkah paling bijak, ia kini dimliki anak Melayu dan berstatus Rezab Melayu, hendak dijual, sekiranya kita tidak ambil ianya akan jatuh ketangan orang 'lain'.

Untuk memilikinya secara persendirian, tidak ramai orang kita yang mampu. Maka itulah hartanah islah mengambil cabaran ini untuk memiliki tanah ini dengan menggembeling modal dari kita semua mengikut lunas dan peraturan yang ada. 

Sebuah syarikat Sendirian Berhad akan dibentuk untuk memiliki tanah ini. Bagi tujuan fasa 1 ini ia terbuka kepada 40 pelabur maksima. Satu lot saham syarikat ini kini mewakili satu lot tanah yang bernilai RM15,000.00. Tanah yang kini berstatus pertanian bernilai sekitar RM6.00 sekaki persegi ini akan diubah syarat ke perdagangan dan perumahan, prosesnya maksimum dalam masa 3 tahun. Setelah diubah syarat nilai pasaran hartanah perdagangan di kawasan ini adalah sekitar RM30.00 sekaki persegi. Itulah asas kepada model pelaburan yang dijanjikan.

Sementara menunggu proses perubahan syarat, tanah ini akan disewakan kepada pengusaha yang berminat dengan kadar sekitar RM0.05 sekaki persegi. Ia akan memberikan pendapatan interim dalam masa tiga tahun pertama. Setelah proses ubah syarat dan pecah lot siap disertakan dengan pelan perumahan kluster, lot lot ini akan dijual dengan nilai pasaran tadi, dimana satu lot akan dijual sekitar RM50,000.00. Ia akan berlaku pada tahun ke 3 atau ke 4.

Bahagian depan tanah akan dimajukan oleh syarikat bagi pemilikan kekal dan pendapatan sewaan berterusan syarikat. Satu bangunan perdagangan tiga tingkat akan dibina dan disewakan. 

Model perniagaan ini akan diteruskan dengan Green@islah fasa 2 bersebelahan lot fasa 1. Ia akan diteruskan dengan penumpuan pengambilan tanah tanah persekitaran yang boleh dimiliki dan dimajukan dengan konsep yang sama.

Insya'Allah dengan sokongan dan dorongan sahabat dan sahabiah sekelian kita semua diberi kekuatan untuk menjayakan usaha kecil ini untuk kebaikan kita, orang islam dan syiar islam itu sendiri. Wallahualam, emelkan minat anda ke r.ghazali@ymail.com untuk tindakan seterusnya.

Sekian, semoga penerangan diatas menjelaskan lagi hasrat kami di hartanah islah, lawati hartanahislah.blogspot.com. Wassalam

English synopsis

Assalamualaikum borthers and sisters,

The effort initiated by hartanah islah is to accumulate capital from the average Muslims for an acquisition of strategic asset to contribute to better Muslim assets holding in Malaysia and the world. This is a small steps towards providing healthy competition to the real estate tycoon, who has started the similar approach years back and that is why they are holding most of the real estates in major town and cities. The key strategy is to own a premature land before it is being develop.

That is exactly what hartanah islah business model is. The first project announced sited at 2.o3 acre land that is currently own by our muslim brother and is a malay reserve land and he need to sell it, if we didn't take someone else will grab it. We at hartanah islah see this location as very good  prospective in medium term. It is located in the centre of southern region development of the Greater Klang Valley. To own it individually, not so many of us can effort it, but if we combine our capital it is quite an easy uptake.

A private limited company will be established to own the land, for phase 1 the opportunity to invest are opens to 40 investor with individual investment of RM15,000.00 each lot. The land which is currently is an agricultural land with a value of less than RM6.00 per square feet will be converted to residential and commercial mix (inline with the current classification zone by the local council) will be valued arround RM30.00 per square feet. So this is the basic base business model of the project.

While waiting for the conversion process the land will be leased to interested parties at rate arround RM0.05 per square feet for an interim income. When the conversion and the development plan has been approved, the individual residential lot will be sold at arround RM50,000.00 c/w cluster house design and drawing. While the frontage of the land will be converted to commercial use and a three story commercial block will be bullt by the company for permanent ownership and permanent long term revenue to all the shareholders.

Email your interest to r.ghazali@ymail.com , your support much appreciated.

No comments:

Post a Comment